Labuan Tour 1

Rombongan Lawatan

Para rombongan Labuan Tour '09

KFC

Thank you KFC...penaja Lunch hari pertama.

Tahun ini, pihak pengurusan asrama telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke W.P Labuan.

Sesungguhnya, untuk mengadakan program lawatan sebegini, banyak kerja – kerja pengurusan yang perlu dibereskan seperti mendapatkan Surat Kebenaran Mengadakan Lawatan daripada JPN (Sektor Pengurusan Sekolah), mengurus Insurans Perjalanan, mengurus Pengangkutan dan Penginapan, mendapatkan tiket Feri dan banyak lagi.

Namun, berkat kerjasama semua pihak pengurusan asrama dan sokongan pihak pentadbiran sekolah, segala urusan dapat dibereskan dan program Labuan Tour yang melibatkan 25 orang murid dan 10 orang guru pengiring dapat dilaksanakan pada 5 – 8 November 2009.

Semoga pengalaman yang dikongsikan dalam blog ini dapat memberikan sedikit – sebanyak tips kepada mana – mana pihak sekolah yang ingin mengadakan lawatan ke Labuan.

Labuan Tour 1

Sempat berposing sementara feri berlabuh

Labuan Tour 2

Taman Orkid, Taman Pertanian Kilan

05 November merupakan hari perjalanan dari Tongod ke Menumbok dan seterusnya ke Labuan. Masa bertolak 6.30 pagi, dan masa tiba 7.00 malam. Selepas sesi makan malam di Medan Selera Waterfront, semua rombongan selamat tiba di Taman Pertanian Kilan pada pukul 8.00 malam. Ini merupakan tempat penginapan kami untuk 3 malam di Labuan.

Untuk pengetahuan semua, tempat ini menyediakan 6 bilik asrama yang mempunyai 4 katil (bertingkat) dan dilengkapi bilik air, kipas dan air-con. Biliknya luas dan boleh menempatkan 5/6 murid sekolah rendah dan 2 orang dewasa. Ratenya, RM10 satu malam.

Selain daripada itu, terdapat juga sebuah dorm yang mempunyai 10 katil (bertingkat) dan dilengkapi dengan 2 tandas dan 2 bilik mandi. Dalam dorm yang besar ini juga mempunyai sebuah bilik yang boleh digunakan sebagai tempat sembahyang atau meletakkan barang – barang. Ratenya, RM100 satu malam.

Suasana di Taman Pertanian ini ceria dengan taman mini orkid, taman penternakan lebah madu, taman mini herba dan kolam ikan yang besar dan dikelilingi oleh laluan berjoging/berjalan.

Rombongan yang datang dengan kenderaan sendiri atau menyewa bas 25/40 penumpang tidak perlu gusar kerana tempat parkingnya cukup luas dan berpagar. Kalau berminat, bolehlah berurusan dengan Jabatan Pertanian Kilan, Labuan. Tel: 087 – 408513 / 514, Fax: 087 – 413831, e-mail : jplabuan@doa.gov.my.

Labuan Tour 3

Bakal - bakal supermodel atas Feri...

Labuan Tour 5

Thank you Taman Pertanian Kilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: