Labuan Tour 3

7 November 2009.

Kelmarin masa dihabiskan untuk Labuan Town. Hari ini, kami merancang untuk meronda – ronda di luar Labuan Town pula, iaitu ke Chimney, Tunnel, Birds Park, Peace Park, Surrender Point dan Pohon Batu Beach.

Destinasi pertama kami ialah ke Bird Park. Tapi malangnya…taman tu ditutup untuk penyelenggaraan. Kempunan la kami melihat burung – burung di tempat tu. Apa pun, sempat juga kami berposing di depan gatenya untuk mengubat hati….

Taman Burung Labuan

Tak masuk pun takpe la...

Selepas tu kami ke Chimney yang terletak di seberang jalan bersebelahan dengan Taman Burung tadi. Selain daripada Serombong misteri yang tegak berdiri tu, ada juga bilik – bilik pameran untuk dilihat – lihat.

Chimney Labuan

Banner tu juga yang menjadi pujaan.

Sungguhpun kami tidak dapat melawat Bird Park hari ni, kami dikejutkan dengan tawaran seorang persara Guru Besar yang  kami terserempak di dalam feri ketika dalam perjalanan masuk ke Labuan.

Beliau mengajak dan membawa kami ke Kg. Tg Kubong, Simpang Betara yang terletak berdekatan dengan Chimney Labuan ni untuk meninjau Projek Pertanian Komersial yang terletak di kampung tersebut. Apa lagi, “Kecil tapak tangan, Nyiru kami tadahkan”…

Setibanya kami di sana, kami dijamu dengan buah – buahan yang sedang lebat berbuah ketika itu. Percuma saja…murid – murid kami pun tidak puas – puas memanjat pokok mangga mendapatkan buah sebanyak mungkin.

Projek Pertanian Komersial Labuan

Posing dulu sebelum menyerbu pokok - pokok buah - buahan...

Buah buahan tempatan

BESARnya......limau...

Pokok Mangga

"Monyet - monyet" yang tak diundang...hehehe

Boleh dikatakan memang seronok la duduk – duduk di dusun buah – buahan Kg. Tg Kubong ni. Hinggakan hampir terlupa masa makan tengahari. Kalau ada yang nak berkunjung ke sini, bolehlah berurusan dengan Cikgu Hj. Jamari, 012 – 8367271. Memang peramah orangnya…oleh itu usah segan usah malu.

Perjalanan kami seterusnya ialah ke Pohon Batu Beach. Yang best kat sini cuma adanya Taman Permainan Cabaran yang menjadi kesukaan murid – murid rombongan.

Taman Cabaran Pohon Batu Beach

Tongod tiada taman macam ni...

Yang tak bestnya pula…pantai ni macam tidak diurus dengan baik. Benda yang paling sukar dicari ialah “Toilet”…masa ni tandas awamnya rosak dan tiada air. Terpaksalah para rombongan “menahan” setelah puas minum air kelapa di sini….hinggalah ke destinasi berikutnya.

Destinasi terakhir kami ialah ke Peace Park dan Surrender Point. Tempat ni bersebelahan sahaja. Oleh itu mudah dilawat. Akan tetapi, tiada aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini kecuali sesi bergambar dan berpanas…

Peace Park

Suatu ketika dulu...inilah yang diimpikan oleh batu Peace Park tu..

Selesai sahaja aktiviti melawat, para rombongan kembali ke Labuan Town untuk menghabiskan masa membeli buah – buah tangan untuk dibawa balik ke Sabah nanti. Ketika ini, nampaklah beberapa murid kami yang menggaru kepala yang tidak gatal kerana kekurangan duit kerana boros berbelanja dengan makanan – makanan ringan. Nasib baiklah para pengiring ni ringan hati untuk menderma selepas puas mulut membebel..hehehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: