Pengenalan

Asrama Desa SK Tongod

Blok Domitri

Asrama Desa SRK. Pekan Tongod siap dibina dan beroperasi sepenuhnya pada 7 Januari 2008. Ketika itu, asrama ini adalah di bawah pengurusan dua orang guru sebagai warden, seorang pegawai tadbir N17 (PPM asrama) dan seorang Penyelia Asrama. Pada penghujung tahun 2009, asrama ini menerima 2 orang PPM kerana kapasiti penghuni asrama telah bertambah kepada 100 orang.

Seramai 80 orang murid sekolah dari 4 buah kampung iaitu Kg. Malagatan, Kg. Kiliwatong, Kg. Tongod, dan Kg. Talibu telah dipilih menjadi perintis pembukaan asrama desa ini. Ketika itu, hanya murid – murid tahap dua sahaja yang didaftarkan. Kini, asrama desa ini dihuni oleh beberapa orang murid tahap 1 dan murid yang berasal dari luar Daerah Tongod.

Umumnya, kriteria pemilihan dibuat berdasarkan kepada tiga aspek iaitu pencapaian akademik dan kokurikulum, jarak dari sekolah dan disiplin di sekolah. Selain daripada itu, kes-kes tertentu seperti faktor ekonomi keluarga murid juga menjadi penentu, di mana kita ingin membantu pelajar yang miskin.

Kemudahan asrama ini sesungguhnya sesuatu yang telah lama dihajatkan oleh pihak sekolah memandangkan antara faktor prestasi akademik yang agak rendah disekolah ini adalah disebabkan oleh ketidakhadiran murid – murid ke sekolah terutama sekali ke kelas – kelas tambahan.

dividerDengan adanya kemudahan ini, banyak kebaikan yang dikecapi. Selain daripada peningkatan yang ketara dalam prestasi akademik dan penglibatan aktif dalam ko-kurikulum, pihak sekolah juga berpeluang  untuk memberikan pendedahan luar kepada anak Рanak murid kerana adanya program Рprogram asrama seperti ASAT (Anugerah Seri Asrama Terbilang) dan program Lawatan Sambil Belajar disamping program Рprogram kurikulum dan kokurikulum sekolah yang banyak melibatkan murid Рmurid asrama.

Sungguhpun asrama desa sekolah ini masih baru dan belum lengkap dengan kemudahan yang memenuhi piawaian asrama gemilang, pihak pengurusan asrama sentiasa komited dan giat mengikuti program – program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Negeri. Hasilnya, belum pun genap dua tahun beroperasi, asrama ini telah melahirkan seorang Tokoh Asrama Lelaki Peringkat Negeri, seorang Tokoh Asrama Perempuan Peringkat Daerah, dan sepasukan pemain Bola Sepak dan Bola Jaring mewakili Daerah Sandakan ke Pertandingan ASAT peringkat Negeri Sabah pada Tahun 2009.

Bak kata pepatah “Hari ini mesti lebih baik dari hari kelmarin, Esok mesti lebih baik dari hari ini….”, asrama desa SRK Pekan Tongod akan terus bergiat cergas mengharumkan nama sekolah disamping memberikan pendedahan kepada anak – anak murid pedalaman ini agar setanding dengan murid – murid di bandar.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: